Bismillahirrahmanirrahim.
Henshin=change
Blog ini telah bertukar ke blog yang baru, atas sebab-sebab yg tertentu.
Blog ini tidak akan di update lgi.:D
Harap maklum.
Blog baru. Jemput menjenguk. ;)
Saya rasa saya perlu henshin!
Posted in life.
Walimatul 'urus.
Bismillah.
Setelah sekian lama menyepi.
Pernah suatu ketika ada ukhti tanya kpd saya. Kenapa lama x update.
Inilah kisahnya,
Bila saya buka blogger.com + sign in account blogger saya, akan ada satu virus yg kesannya menyebabkan internet x boleh langsung di access, di sebabkan oleh satu laman web yg saya follow yg menyebarkan virus itu.
Jadi, malaslah sikit nak update. Melainkan kalau menggunakan iPad..
*****
back to the topic.
Sekarang cuti sekolah. Banyak kenduri- kendara sana sini.
Tadi, saya pergi kenduri 3 pupu saya.
Ahah, kami masih rapat walaupun hubungan itu agak jauh.
Rapat kerana, saya rasa selesa berada bersama dengan mereka. sejuk mata memandang
Sampai-sampai, terus saya mencari seseorang. Adik kepada pengantin yg saya rapat sedikit berbanding yang lain.
Fyi, 3 pupu saya yg kawin ni anak lelaki sulung, dan mempunyai 9 orang adik beradik. ;) huhu ramainye..
Selepas cari dan cari, x jumpa..
Lalu, terus je makan. Dan jumpalah ramai lgi saudara mara.
Oleh sebab kami datang dah penghujung,dalam pukul 3 petang macam tuh, maka segala lauk pengantin yg x habis, kami yg habiskan..;)
Sekali dengan kek pengantin..memang rezeki.
Meja yg kami duduk utk mkn, penuh, sampai x larat nak habiskan. Lepas tu, kami bungkus bawak balik..<----elak pembaziran.eheh.
Sebelum balik, saya sempat tanya pada Umi, mana kakak yg saya cari-cari tu. Lepas tu, Umi cakap, Umi pun x nampak.
Okey, serius dah lama x jumpa dia. Last jumpa, bila entah, waktu nikah lagi seorang 3 pupu saya, kak Huda. Lama x jumpa sampai nama kakak tu pun saya lupa<---- okeyh,asif sangattt.
Dalam pukul 4.30 lebih, kami pun nak balik dah..lepas dah salam-salam dengan tuan rumah, dia beri kami beg yang berisi kuih bahulu..banyak sangatttt..gaya dah macam org nak jual kuih bahulu je.. Sebab banyak sangat lebih..<----segan pulak bila bawak banyak2, tapi kan nak elak pembaziran...takpe2..
Smenetara nak menunggu kereta sampai, saya dan Umi pun diri tepi koridor, sambil lihat pengantin bergambar bersama saudara mara.
Tiba-tiba datanglah seseorang perempuan muda yg pakai purdah, terus dtg dan salam Umi saya.
"Mak Ani, terima kasih sebab datang.."
"ok,ni siapa ya? "tanya Umi.
"Diana..."
Ahah! Terus saya teringat, inilah kakak yg dicari-cari... Ukhti Diana.
Patutlah x jumpa, padahal baru je bersalam dengannya tadi. Heh
Bercerita panjanglah kami.
Mungkin dia terinspirasi daripada sepupunya yg baru sahaja memakai purdah, lalu dia mengikuti langkah sepupunya itu..wah! Saya yg excited lebih..
Tapi, biasalah tidak ada org mu'min yang tidak diuji, betul x?
Dia bercerita yg dia selalu down.. Tetapi x di beritahu down itu kerana apa..
Lalu Umi saya cakap, kalau ada masalah, kepada siapa lgi mahu mengadu, Allah sahajalah.
Sedih pula saya dengar cerita dia. Kalau dengar lagi lama mungkin dah nangis dah agaknya.
Hasbiyallah wani'mal wakil, ni'mal mawla wani'man nasir...
Kemudian, mak k.Diana pun dtg ke arah kami..<--------maka, lagi panjanglah perbualan.
*********
Posted in life., perkongsian., Walimah

